Saturday 1 June 2013

sharing is caring :)

assalamualaikum :)
apa khabar ? harap-harap sentiasa sihat . bersyukur kita kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas sebagai seorang yang beragama islam . masih mampu menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya :)

Disini saya nak share sedikit sebanyak "secret recipe'' on how to be a best student :) 
saya bukan lah pelajar yang terbaik sangat . tetapi berdasarkan pengalaman saya .. ingin sekali saya melihat rakan seperjuangan saya berjaya seperti saya :)
saya hanya manusia biasa . saya bukan lah genius seperti orang lain .. tapi usaha yang gigih mampu memberi hasil yang lumayan . cakap bukan sebarang cakap . apa yang saya kongsikan telah pun saya lakukan sebagai realiti . alhamdulillah .. kejayaan yang saya kecapi bagi saya hanya sebagai hadiah dari Yang Maha Berkuasa .. kerana jika difikirkan usaha saya tidak memadai dengan hasilnya . walaubagaimana pun.. saya berpegang dengan prinsip 'WHAT YOU GIVE , YOU WILL GET BACK' 
jika saya berasa DOWN ketika menghadapi pelbagai cabaran.. saya akan berkata pada diri saya bahawa 
'jika aku tak boleh tahan penat lelah nya belajar ..maka aku akan menanggung peritnya kebodohan '
SPM bukan lah segala2nya ,, tapi SPM menentu hala tuju kemana destinasi kita :)
SPM hanya sebagai detik permulaan  . 






pertama , belajar lah untuk menerima :) bukan semua subjek yang anda pelajari itu mudah . namun , jika anda cuba untuk menerimanya sedikit demi sedikit.. pasti anda akan dapat menerima sepenuhnya
tidak namanya cabaran jika ianya mudah . semakin tua usia kita , makin susah  dan complicated , otak juga sudah berkembang . tengok sahaja pelajar yang berjaya ? adakah mereka mendapat cemerlang hanya dengan melepak ? bersuka ria ? sudah tentu tidak . fokus dalam kelas amat2 lah penting :) belajar lah untuk minat semua subjek agar subjek yang tidak diminati itu juga anda akan memberi fokus seperti subjek yang anda minat !

kedua , hormati lah ibu bapa dan guru kerana disitu terselitnya satu keberkatan yang tidak kita sedari ..
jika guru2 dan ibubapa sering mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan kita .. InshaaALLAH pasti ada yang akan dimakbulkan . jika mereka doakan sebaliknya ? nauzubillah .. 

Dekatkan diri dengan Tuhan .. jika anda meminta pada manusia .. setakat mana sahaja yang mereka boleh beri ? jadi rajin2 lah berdoa .. solat hajat and dekatkan diri kita dengan ALLAH S.W.T agar kita diberi ketenangan , dipermudahkan untuk belajar .. kita jugak amat lah digalakkan untuk menjauhi maksiat .. seperti ? apa2 sahaja .. jaga lah pergaulan , aurat , adab , kata-kata .. kerana peribadi yang mulia dapat membentuk jiwa yang cemerlang :)

Think Positive . kadang2 orang lain tidak senang dengan usaha yang kita lakukan kerana mereka dengki , cemburu dan sebagainya jika melihat kita rajin belajar . kadang2 ada juga yang sering cuba untuk menjatuhkan diri kita . namun, fikir lah bahawa bukan mereka yang menentukan kejayaan kita ! segala2 nya pada diri kita . kita yang usaha ,, bukan mereka yang menentukan takdir diri kita , maka sentiasa lah berfikiran positif . manusia ini semua sama , ada kelemahan dan ada kelebihan . jika kita mengadu kepada mereka , sesetengah dari mereka mungkin bangga dengan masalah kita , ada juga sekadar mendengar.. oleh itu apa2 sahaja dugaan datang .. face it ! optimis dan jangan berputus asa. semakin besar cita-cita kita semakin besar juga lah ALLAH S.W.T akan uji kita :)


rajin-rajin lah membuat latih tubi , seperti past year question .. topikal untuk memantapkan kefahaman kita dalam sesuatu topik . Practise make perfect :)
latih tubi sangat membantu ketika peperiksaan . 
tidak lupa juga .. amalkan lah makan madu . kismis ,kurma untuk ingatan yang kuat . islam itu sangat perfect . segala ajaran nya ada hikmah dan kebaikan . maka , amalkan lah 



setelah berdoa , usaha , ikhtiar.. jangan lupa untuk bertawakal :)
usaha tanpa tawakal=sombong
tawakal tanpa usaha=angan kosong
istiqamah lah dengan usaha dan tidak berputus asa.

akhir sekali , ingin saya kongsikan beberapa mutiara yang masih saya simpan sebagai kata2 semangat
pertama .. dari ustaz ketika saya di maahad .. dia pesan.. untuk mudah ingat apa yang kita belajar adalah BACA , FAHAM ,TULIS DAN AJAR . 
baca lah apa yang didalam buku dan cuba untuk memahaminya . kemudian buat lah sedikit nota ringkas atau latih tubi .. buat lah nota dimana2 sama ada dalam kertas exam , buku , latihan agar mudah ingat
and ajarlah kepada orang lain :) inshaaALLAH ilmu yang kita beri itu akan berganda2 malah kita juga dapat pahala :) senang kan ? 

dan ustaz itu juga berpesan ,, buanglah niat untuk jadi doktor , engineer dan tanamkan dalam diri bahawa aku nak belajar , nak jadi orang yang terpelajar kerana belajar itu adalah non-stop , unlimited . dari buaian hingga ke liang lahad dan bukan sahaja setakat phD atau prof . madya . maka , ALLAH ITU MAHA BENAR , orang yang BERILMU itu diangkat darjatnya , ilmu itu boleh mengatasi segala2 nya . :)
adakah kau lupa ? pada zaman para sahabat mereka menawan 2/3 dunia hanya dengan ilmu . bukan kerana harta , pangkat atau darjat :)
ustaz itu dikenali sebagai ustaz mohdNor Hussain (maafkalautersilapejaan)

BELAJAR DIMANA-MANA DAN BILA-BILA MASA :)



 setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan ;) terima kasih kerana 
sudi membaca . harap2 dapat membantu :)